Assalamualaikum kepada semua orang yang baca blog aku ni..So,harini aku nak cerita pasal macam mana aku boleh glow up.Aku pilih tajuk glow up sebab aku sedar sekarang ni memang ramai orang yang cuba nak sinarkan diri atau sejelasnya "speak yourself".Jadi,aku nak cuba apa yang patut untuk bantu anak muda diluar sana.
Sebelum tu,ni first time aku terlibat dalam bidang penulisan blog,jadi andai ada yang salah,mohon tunjuk ajar daripada yang arif & maafkanlah saya budak yang baru belajar ;)
Untuk pengetahuan semua,Nama aku Nureen Antasha Binti Supaat.Boleh panggil Tasha je.Aku berdarah campuran Cina dan Melayu.Aku lahir di Tanah Jajahan Johor Darul Takzim dan dibesarkan di sebuah kampung yang terletak di kawasan pergunungan dinamakan Kampung Sungai Ayam.Macam aku cakap,aku datang dari kampung,kan.Jadi banyak benda luar yng aku tak tau.
Waktu aku kecik,aku comel gila sebab yelahkan,aku blood mix.And aku ni jenis manja dengan mak ayah aku.(Aku anak bongsu :] ) Smpilh aku masuk alam persekolahan.Aku jumpa kawan2..Tapi sedihnya,kawan-kawan aku tak suka aku.Diorang cakap aku gedik,suka main barbie lah apelah.Tambah pulak aku ni lambat belajar..Waktu orang lain dh boleh membaca,mengira..aku masih lagi tak boleh.
1. Pandai
Aku bodoh..sebab tu aku dipinggirkan kawan-kawan,cikgu-cikgu.Tapi aku tak putus asa & terima takdir.Aku belajar rajin-rajin.Waktu orang lain main,aku belajar.Waktu orang lain belajar,aku still belajar.Aku banyak luangkan masa baca buku.Waktu umur aku 10 tahun.Ada peperiksaan and subjek Bahasa Melayu karangan.Cikgu cakap semua karangan idea stu kelas tu sama.Tiba-tiba,cikgu suruh aku kedepan & bacakan karangan aku.Lepas aku baca,semua orang dalam kelas tepuk tangan.Diorang mesti rasa speechless sebab selama ni diorang ingat aku bodoh.Lepas daripada tu,aku skor dalam banyak subjek.Sejarah,Sains,Bahasa Melayu & banyak lagi.
Untuk Bahasa inggeris.Ni ada satu cerita..Waktu aku 12 tahun,aku mula ada handphone.So aku dh banyak tau dunia.Tak lupa jugak nak bagitau aku ni Marvel Fans.Ada stu masa tu,aku nak cari movie Spiderman Homecoming dkt youtube.Bila aku dah jumpa,movie tu tadak subtitle..sedit bhai,aku ni dh lh bengap bi..lepastu takda subtitle..Nak tanak,aku tengok jugak movie tu.Tapi,aku tengok ulang-ulang,banyak kali sampai aku boleh faham jalan cerita & tau apa yang karakter bualkan.Sejak dari hari tu,aku banyak tengok movie english dengan subtitle bahasa inggeris.Takpun,aku tak bukak subtitle lansung.Right now,I can speak english anccent fluently.
2.Nice Body
Kalau korng boleh bayangkan,aku ni seorang yang gemuk dan tinggi.Disebabkan macam tu,mak aku panggil aku raksasa..Hhahahah..I'm actually just fine with my body look.Tpi bila dah melonjak ke sekolah menengah,dah jadi remaja..Mestilah ada rasa insecure bila tengok kawan-kawan semua cantik-cantik.Tambah pulak dengan masyarakat sekeliling yang hanya tahu menghukum.Sikit-sikit tanya,bila nak kurus,bila nak kurus.So,aku start working out untuk buang semua benda yang membuatkan orang hina aku ni,yang namanya lemak.
Setiap pagi,bangun awal.Lepas subuh cuba minum a cup of black coffee.Jangan amik sarapan lagi.Then,buat light workout & go jogging.I reccomended you take 2km sebab tu pun dah cukup.Masa jogging,try listening to some positve music atau music yang memberikan kata-kata semangat.Sebab nanti that song boleh menceriakan korang while korang tengah jogging tu,tambah pulak dengan scene matahari yng msih bru nk terbit,and udara pagi yang sejuk & segar.Lepas jogging,tunggu 30 min sebelum amik sarapan.
About makanan,boleh makan macam biasa.Tapi kecilkan amaun.Guna pinggan yang lebih kecil.Kurangkan lauk & nasi.Try amik 1 senduk nasi je every meal.Yang paling bagus,lebihkan makanan berprotein because they're good untuk tulang & muscle yang korang tengah working on.Add some spicy thing is better.Makanan pedas boleh meningkatkan metabolism badan.
Then,find some time untuk buat workout.Aku biasanya workout waktu petang lepas Azan Asar gitu.Siapa yang nak workout plan aku,aku letakkan di hujung blog.Workout ni kadang-kadang memang kita rasa malas nak buat,rasa nak give up.Tapi paksalah jugak diri untuk buat.Put some nice workout cloth & hairstyle because when you look good,you feel good & confident.Workout 10 hari pertama penting.Cuba usahakan 10 hari pertama & then teruskan lagi sampai you got the result.Kalau nak berehat tu boleh,tapi jangan hari rehat tu kau gi duduk membongkang dalam bilik,makan.Hello?? You workout selama ni untuk apa?? Walaupun hari rehat,try jugak cergaskan diri.Tolong mak angkat barang ke,cycling ke.
Kalau tak nak giveup,cuba buat kata-kata semangat and gantung kata-kata tu in your workout place.Things like NO PAIN,NO GAIN..I WANNA SEE THE LIGHT and more. Kalau kau rasa tak yakin,takda sama percaya..jangan risau..
aku percaya dengan kau :) ♡
3. Mempertahankan Diri
Macam aku katakan tadi,awal alam persekolahan kawan-kawan tak suka aku.Disebabkan itu,aku experienced BULI.Setiap masa aku menangis.Aku dibuli dari segi mental & fizikal.Diorang cakap aku macam-macam.Gendut lar,raja bekal lar..Bila aku berumur 13 tahun,aku join pasukan silat sekolah.Mula-mula,aku join sebab suka-suka je.Aku ikut kawan baik aku & also sebab aku nak belajar sikit-sikit seni mempertahankan diri Melayu ni.Latihan silat setiap Jumaat.Boleh dikatakan penat gila latihan silat ni.Tambah lak aku ni gemuk,jadi rasa rendah diri gila bila tengok abang-abang,akak-akak senior dekat situ semuanya hebat-hebat.Kawan-kawan lain & sesetengah senior pun pandang rendah jek dekat aku.And aku rasa cikgu silat tu tak suka aku tau.Manalah aku tak rasa gitu.Lari lambat,buat itu tak boleh,buat ini tak boleh,sikit-sikit penat.Ada satu masa tu,atlet sekolah ada pertandingan.Jadi diorang berlatih bertempur waktu hari kelas tu.Tengah aku duduk diam-diam.Tetiba cikgu suruh aku cuba lawan sorang senior ni.Akak senior tu dahlah anak jurulatih silat kampung.Walaupun aku takut,aku still lah jugak cuba.Lepas lawan tu tau tak apa jadi?? Cikgu cakap markah aku hampir sama dengan akak tu.Sumpah aku terkejut.Selang beberapa hari..Waktu kelas..masa aku tengah rehat-rehat lepas berlatih silat.Cikgu tanya aku,nak tak aku masuk latihan pesilat tempur.Hampir tak percaya aku,aku yng lembab ni..cikgu offer masuk latihan untuk atlet silat tempur sekolah.Dalam masa yang sama aku rasa happy sangat.
Latihan waktu malam,setiap hari isnin & selasa pukul 9:00 sampai 11:30 malam.Memang penat sangat sampaikan aku rasa nak give up,dah tak nak masuk latihan.Tapi still,aku pergi jugak.Aku tak give up.Berkat dari latihan tu,aku debut jadi atlet silat tempur sekolah & guess what??Aku dapat gold medal dalam perlawanan pertama aku.Buatkan aku rasa,semua penat lelah aku selama ni dah terbalas.And semua yang pandang rendah dekat aku masa mula-mula dulu,semuanya aku dah balas balik.
Dengan martial art yang aku ada ni,aku gunakan untuk tolong orang yang lebih lemah daripada aku.Yang kena buli,yang kena ejek..semua aku backup.Sampaikan classmate takut nak kacau aku sebab aku garang macam singa.Hahaha..
Comments
Post a Comment